Peranan
Pengurusan Majlis Perbandaran Temerloh berusaha menjadikan Temerloh sebagai sebuah Pusat Pertumbuhan yang Maju, Bersih, Indah dan Sejahtera.
Pusat Pertumbuhan
Memajukan Temerloh sebagai sebuah Bandar yang terbesar dan utama bagi menampung keperluan perkhidmatan dan perniagaan di Wilayah Pahang Tengah. Temerloh akan mempunyai infrastruktur yang dapat membantu memajukan perkembangan ekonomi, pekerjaan, sosial, teknologi, pendidikan dan seumpamanya bagi menampung keperluan warga di wilayah Pahang Tengah yang merangkumi Daerah Temerloh, Jerantut, Maran dan Bera. Bersih
Mewujudkan suasana persekitaran yang bebas dari kekotoran fizikal seperti penyakit, wabak, jangkitan, kumbahan sisa cair dan pepejal serta sosial, musnahlaku, rendah akhlak dan sebagainya. Dalam hal ini pihak Majlis berusaha untuk mewujudkan kesedaran kepada Warga Perbandaran betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan seharian.
Indah
Mewujudkan suasana dan persekitaran harmoni di kalangan warga setempat dan peniaga-peniaga serta kemesraan dengan pelancong. Penekanan keindahan juga ditujukan kepada usaha mewujudkan suasana/ iklim perubahan yang sihat serta kemudahan kepada peniaga dan pelabur melalui usaha mempercepatkan proses kelulusan pembangunan dan pengeluaran lesen-lesen serta membekalkan maklumat kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Sejahtera
Melahirkan Warga Perbandaran yang berdisplin, bertanggungjawab persekitaran yang harmoni. Ini akan menjadikan Temerloh sebagai sebuah Bandar yang menarik untuk didiami. Warganya berbudi bahasa, beretika dan berbudaya.