Masakan Masakan

Masakan 

Ikan Patin Masak Tempoyak 

Bahan utama:

  • 1 Ekor Ikan Patin
Bahan untuk di kisar:
  • 10 Biji Cili Padi
  • 1 Inci Kunyit Hidup
  • 1Sudu Besar Tempoyak.
Lain-lain bahan:
  • Daun Kesum Secukupnya
  • 2 Kuntum Bunga Kantan
  • Air
  • Garam Secukup Rasa
  • 5 Biji Limau Nipis
  • 2 Biji Mentimun

Cara membuatnya:

Ikan patin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang baunya. Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar, bunga kantan, daun kesum berserta dengan ikannya sekali. Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun dan garam secukup rasa. Setelah masak bolehlah di hidangkan.

  

Ikan Patin Masak Lemak Cili Api 

Bahan-bahan:

  • 1 Ekor Ikan Patin
  • 4 Ulas Bawang Merah Dan Bawang Putih [Dikisar]
  • 20 Biji Cili Padi [Dikisar]
  • 1 Biji Kelapa [Diambil Santannya]
  • Kunyit Secukupnya
  • 2 Batang Serai
  • Garam Secukup Rasa

Cara Membuatnya:

Basuh dan bersihkan ikan patin. Kemudian masukkan santan ke dalam periuk serta bawang dan lada yang dikisar, kunyit, garam secukupnya serta serai. Selepas itu masukkan ikan. Masak sehingga mendidih.

Icon Portal Rasmi Kerajaan Malaysia    Icon Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    Icon Koridor Raya Multimedia    Icon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan    Icon Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang    Icon 1 Malaysia    Icon Jabatan Perkhidmatan Awam    Icon Portal Rasmi Ketua Setiausaha Negara    Icon Talent Corporation Malaysia Berhad