Kemudahan Kesihatan
Kemudahan kesihatan meliputi Hospital, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. Komponen perkhidmatan kesihatan ini menawarkan perkhidmatan yang berbeza di mana klinik desa menyediakan perkhidmatan kesihatan yang paling asas.

Klinik Desa Kg Bintang

Poliklinik Masyarakat Sanggang
Hospital Daerah
Daerah Temerloh mempunyai sebuah Hospital Daerah iaitu Hospital Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Mukim Bangau. Ia mempunyai seramai 120 orang doktor, dan 420 buah katil.
Klinik
Daerah Temerloh mempunyai 6 unit klinik kesihatan dan 24 buah klinik desa.
Taburan Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Desa (KD) di Daerah Temerloh
Mukim | Klinik Kesihatan/Poliklinik | Klinik Desa |
Perak | KK Temerloh
| KD Kelulut KD Paya Pulai
|
Mentakab | KK Bandar Mentakab Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Mentakab
| KD Desa Bakti II
|
Lebak | Tiada | KD Lebak KD Lebak Seberang
|
Bangau | Tiada | KD Bangau
|
Songsang | Tiada | KD Kg. Raja KD Desa Murni
|
Sanggang | KK Sanggang
| KD Teluk Sentang KD Bintang
|
Lipat Kajang | Tiada | KD Lipat Kajang
|
Kerdau | Tiada | KD Kerdau
|
Jenderak | KK Kuala Krau
| KD Jenderak Utara KD Jenderak Selatan KD Kuala Mai KD Penderas KD Kg. Jenderak KD Kuala Tekal KD Paya Sok
|
Semantan | KK Lanchang
| KD Bukit Damar KD Lakum KD Bolok KD Kuala Kaung
|
Jumlah | 6 buah | 23 buah |
Sumber : Pejabat KesihatanTemerloh, 2007