Pilih Saiz :    |   Pilih Warna : Set Semula    |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau Tukar Latarbelakang Biru    
 
 
 
LAMAN UTAMA » PERKHIDMATAN » Senarai Perkhidmatan » Kemudahan Keselamatan
 

Kemudahan Keselamatan

Keselamatan awam adalah merangkumi komponen perkhidmatan bomba dan penyelamat, perkhidmatan polis dan tentera. Kemudahan keselamatan adalah penting bagi menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat setempat. 

Perkhidmatan Polis

Perkhidmatan polis di Kawasan Rancangan Tempatan adalah terbahagi kepada balai polis dan pondok polis. Kawasan Rancangan Tempatan mempunyai sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh yang terletak di Mukim Perak, 4 buah balai polis dan 2 buah pondok polis. Jumlah anggota ialah 422 orang. 


Taburan Perkhidmatan Polis

MukimBalai PolisPondok Polis
PerakBalai Polis TemerlohTiada
MentakabBalai Polis TemerlohTiada
SanggangTiadaPondok Polis Teluk Sentang
KerdauBalai Polis KerdauTiada
JenderakBalai Polis Kuala KrauTiada
SemantanBalai Polis LanchangPondok Polis Mempatih
Jumlah5 Buah2 Buah

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, 2007 

  

Bomba Dan Penyelamat

Kawasan Rancangan Tempatan hanya mempunyai 2 buah balai bomba yang terletak di bandar Temerloh dan mentakab dengan kekuatan anggota seramai 60 orang.

Bilangan Kemudahan Perkhidmatan Bomba

Balai BombaMukim
Balai Bomba Dan Penyelamat TemerlohPerak
Balai Bomba Dan Penyelamat MentakabMentakab

Sumber: Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh, 2007 

 

Ketenteraan 

Terdapat 2 kem tentera di dalam Daerah Temerloh yang terletak di mukim Perak dan mukim Mentakab. Senarai kem tentera yang terdapat di Daerah Temerloh adalah seperti berikut:-

Bilangan Kem Tentera

Kem TenteraLuasMukim
Kem Tentera Batu 369.49Perak
Kem Tentera Batu 5390.39Mentakab

Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah Temerloh, 2007

Nota: luas yang dinyatakan adalah berdasarkan luas daripada pelan digital yang diimbas