Panduan Ke Temerloh Panduan Ke Temerloh

Panduan Ke Temerloh

Rangkaian Perhubungan

Rangkaian jalan raya yang terdapat di Rancangan Tempatan Daerah Temerloh adalah terdiri daripada Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran.

a) Laluan Persekutuan 2 (Kuala Lumpur – Kuantan)

Laluan Persekutuan 2 adalah bermula daripada sempadan Maran/ Temerloh di km 114.05 sehingga ke sempadan Bentong/ Temerloh di km 167.95. Jalan ini menghubungkan Kuala Lumpur di sebelah Barat dan Kuantan di sebelah Timur. Jalan ini mempunyai isipadu lalulintas yang tinggi kerana jalan ini menghubungkan bandar-bandar utama daerah ini seperti Bandar Lanchang, Bandar Mentakab dan juga Bandar Temerloh.

b) Laluan Persekutuan 10 (Temerloh – Triang)

Laluan Persekutuan 10 bermula dari persimpangan Jalan 87 di Temerloh (km 127.02) hingga sempadan Pahang/Negeri Sembilan di km 178.66. Jalan ini menghubungkan Bandar Temerloh dan Triang di sebelah Selatan.

c) Laluan Persekutuan 87 (Jalan Temerloh – Mentakab)

Laluan Persekutuan 87 adalah merupakan Jalan Temerloh–Mentakab dari persimpangan Laluan Persekutuan 2 di km 141.67. Jalan Persekutuan 87 adalah merupakan laluan yang menghubungkan Bandar Temerloh dengan Bandar Mentakab. Jalan ini mempunyai isipadu lalulintas yang tinggi kerana tumpuan pembangunan perumahan dan perdagangan yang tertumpu di sepanjang jalan ini. Laluan ini juga dikenali sebagai korridor Temerloh–Mentakab.

d) Laluan Persekutuan 88 (Temerloh – Mentakab)

Laluan Persekutuan 88 adalah di antara persimpangan Laluan 87 di Mentakab (km 136) hingga ke Laluan 2 (km 141.67) di mana jalan ini menghubungkan Bandar Mentakab dengan Kawasan Perindustrian Temerloh. Laluan sepanjang jalan ini masih lagi diliputi oleh tanah pertanian dan laluan ini adalah merupakan penghubung utama dari Bandar Mentakab ke kawasan perindustrian Temerloh di mana secara tidak langsung kawasan ini berpotensi untuk membangun dengan pesat.

e) Laluan Persekutuan 98 (Temerloh – Jerantut)

Laluan Persekutuan 98 menghubungkan Temerloh dan Jerantut dan melalui Bandar Kerdau dan Kuala Krau. Laluan ini bermula dari persimpangan Laluan 87 di km 131.45 hingga Laluan 64 di km 169.09. Laluan Persekutuan 98 adalah merupakan penghubung utama ke kawasan utara Daerah Temerloh. Selain daripada itu, laluan ini juga menghubungkan Taman Negara yang terletak di utara kawasan Rancangan Tempatan Daerah Temerloh.

f) Jalan Temerloh – Mentakab By-Pass

Jalan Persekutuan ini bermula daripada km 125.52 sehingga ke km 140.52. Jalan ini menjadi laluan terus pengguna jalan raya ke Kuantan atau ke Kuala Lumpur tanpa melalui Bandar Temerloh dan Bandar Mentakab. Laluan ini mempunyai potensi yang tinggi untuk membangun kerana tumpuan pembangunan industri adalah tertumpu di sepanjang jalan ini iaitu Kawasan Perindustrian Temerloh.

g) Jalan Negeri

Jalan-jalan negeri adalah jalan-jalan di Jalan Triang, Jalan Lubuk Kawah Bangau, Jalan Kampung Gantok, Jalan ke Tanjung Bangau, Jalan Simpang Lancang dan Jalan Kampung Haji Salleh.

h) Lain-lain Jalan

Lain-lain jalan adalah termasuk jalan majlis bandaran iaitu jalan-jalan di kawasan pusat bandar dan juga jalan-jalan yang menghubungkan taman-taman perumahan dengan jalan-jalan utama seperti jalan negeri dan juga jalan persekutuan.

Icon Portal Rasmi Kerajaan Malaysia    Icon Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    Icon Koridor Raya Multimedia    Icon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan    Icon Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang    Icon 1 Malaysia    Icon Jabatan Perkhidmatan Awam    Icon Portal Rasmi Ketua Setiausaha Negara    Icon Talent Corporation Malaysia Berhad