MENU
TEMERLOH FUN RIDE & RUN 2023
 
14 Mac 2023 – Majlis Perbandaran Temerloh bersama Kelab KESUMBA telah menganjurkan Temerloh Fun Ride & Run pada 11 Mac 2023 bertempat di Dataran Temerloh.
 
Hampir 700 orang peserta menyertai program ini dengan jarak Fun Ride sejauh 35km dan Fun Run sejauh 5km.
 
Temerloh Fun Ride & Run ini turut diserikan sesi senamrobik dan cabutan nombor bertuah untuk para peserta.
Majlis pelepasan peserta Fun Ride & Run ini telah disempurnakan oleh Puan Jezliliy binti Jamaluddin, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Objektif penganjuran Temerloh Fun Ride & Run ini adalah untuk memupuk penjagaan kesihatan melalui aktiviti riadah dan pembudayaan amalan hidup sihat kepada warga penduduk Temerloh.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.