MENU
KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2023
 
13 Mac 2023 – Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2023 anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah diadakan pada 11 hingga 12 Mac 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak.
Konvensyen ini bertemakan “Perbandaran Madani - Negara Sejahtera”.
 
Penganjuran konvensyen ini bertujuan untuk menghimpunkan semua wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar, Yang Dipertua, Setiausaha PBT dan Ahli-ahli Majlis di seluruh Malaysia bertemu dengan pengurusan peringkat Persekutuan dalam satu medan wacana perkongsian ilmu dan amalan
terbaik secara kolektif, menyediakan lapangan perbincangan merentasi sempadan Negeri untuk menyuarakan pandangan dan idea secara konstruktif mengenai tanggungjawab PBT terhadap penduduk dan pemegang taruh, berdasarkan kepelbagaian pengurusan perkhidmatan perbandaran di kawasan pentadbiran PBT masing-masing dan memberi peluang untuk perkongsian pengalaman berkaitan penyelesaian isu-isu perbandaran yang inovatif dan kreatif secara holistik melalui penglibatan pemain industri, ahli akademik, jabatan/ agensi Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam sesi panel dan pembentangan yang direncanakan bagi Konvensyen ini.
 
Konvensyen ini dihadiri oleh Yang Dipertua, Puan Jezlily binti Jamaluddin, Ahli-Ahli Majlis dan beberapa orang pegawai. Semasa Konvensyen tersebut, Ahli-Ahli Majlis mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan iaitu YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali. Beliau adalah mantan Pegawai Daerah Temerloh merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Temerloh satu ketika dahulu.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.