MENU
PROGRAM GOTONG -ROYONG CAKNA TAMAN DI TAMAN SRI SEMANTAN, TEMERLOH
 
24 Februari 2023 (Jumaat) - Semalam telah diadakan program Gotong-Royong Cakna Taman anjuran KRT Taman Sri Semantan dan JPKK Megat Segama bersama Majlis Perbandaran Temerloh. Aktiviti tersebut yang dijayakan secara bersepadu melibatkan Komuniti Penduduk, kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh dan disertai oleh SWCorp/Alam Flora.
 
Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk menyuntik semangat dan menyemai kesedaran kepada orang awam untuk sentiasa cakna dengan kebersihan persekitaran kawasan rumah mereka dengan melakukan kerja-kerja pembersihan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan kawasan tempat tinggal sentiasa dalan keadaan selamat dan selesa.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.