MENU
PROGRAM VOLUNTOURISM
 
6 November 2022 (Ahad) – Pejabat Kementerian Perlancongan, Seni Dan Budaya Negeri Pahang (MOTAC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Program Voluntourism di Taman Rekreasi Kubang Gajah dan Taman Tasik Bandar.
 
Seramai 186 orang peserta hadir terdiri dari MOTAC, Majlis Perbandaran Temerloh, Homestay Pahang, Pelajar UiTM Jengka, Kolej Komuniti Jerantut, Majlis Belia Temerloh, SWCorp, Alam Flora, Jabatan Perhutanan dan lain-lain agensi dalam Daerah Temerloh.
 
Pelbagai aktiviti telah diadakan; di antaranya ialah gotong-royong, plogging santai, penanaman pokok bunga dan mengecat.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.