MENU
PROGRAM WORLD CLEANUP DAY (WCD) DAN LOCAL AGENDA 21 (LA21)
 
20 September 2022 (Selasa) - Pagi tadi bertempat di Taman Tasik Chatin, Mentakab, Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan dua program serentak (2 in 1) iaitu Program Local Agenda 21 (LA21) (Program Kluster 2 : Kebersihan, Alam Sekitar & Kesihatan). Manakala, Program “World Clean-up Day” pula adalah program anjuran bersama dengan SWCorp.
 
Program ini telah dilancarkan oleh Puan Yang Dipertua dan dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan Daerah, Pengerusi JPKK Kg Chatin dan semua wargakerja Majlis Perbandaran Temerloh.
 
Pengisian dalam program ini ialah kerja-kerja mengecat jeti, railing tangga, gazebo, kerb di kawasan parkir kenderaan, pemangkasan pokok peneduh dan penanaman pokok.
 
Semoga usaha-usaha ini akan berterusan ke arah mencapai kualiti kehidupan yang sejahtera, kondusif dan berdaya huni.
 
 
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Tiktok: @mptemerloh
Instagram: @majlisperbandarantemerloh
JABATAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM.