TEMERLOH 23 JULAI – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan menganjurkan teater berjudul ‘ Menunggu Kata Dari Tuhan’ di Dewan Tun Razak, pada pukul 8.30 malam esok.
Majlis Daerah Tumpat mengadakan lawatan kerja ke MPT pada 14 Mei 2010 (Jumaat). Lawatan ini bertujuan untuk mendengar taklimat berkaitan Sistem Kupon Tempat Letak Kereta yang dilaksanakan oleh Majls Perbandaran Temerloh. Taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, MPT jam 9:00 Pagi.
Program SANTAI SENI pada 8 Mei 2010 (SABTU) Masa 5:00 petang - 7:00 Petang bertempat di Taman Esplanade Temerloh. Artis Undangan : Siti Fairuz, Vincent Maria Dass, Artis-artis Tempatan dan Grup Kesenian MPT. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini.
Audit Persijilan Semula MS ISO 9001:2008 MPT pada 4 dan 5 Mei 2010 oleh SIRIM QAS International. Mesyuarat Pembukaan diadakan di Bilik Mesyuarat Anggerik, MPT 4Mei 2010 Jam 10:00 pagi. dan Mesyuarat Penutup diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, MPT 5 Mei 2010 Jam 4:30 Petang. Semua Ketua Jabatan / Bahagian diminta hadir.
Situasi kes demam denggi kian meningkat setiap hari di seluruh Negara. MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH menyarankan agar semua menjaga kebersihan dalam dan persekitaran rumah dan juga pejabat supaya pembiakan nyamuk Aedes boleh dihapuskan.
Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang Ke-44 , 1 dan 2 Mei 2010 Di Mini Stadium Temerloh. Majlis Perasmian 1 Mei 2010 (Sabtu) Jam 8:00 Malam oleh YB Dato' Norzan Bin Haji Ahmad, DSAP.,DIMP.,AAP.,AMP.,PKC Pegawai Kewangan Negeri Pahang. Artis Undangan : ZAMANI SLAM. Semua Warga Temerloh Dijemput Hadir.
Program Taklimat dan persembahan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari MPK bertempat di Majlis Perbandaran Temerloh pada 27 April 2010 jam 9:30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama , MPT. Kumpulan MEGA dan kumpulan X-BINA dari MPK mempersembahkan persembahan KIK.