Pilih Saiz :    |   Pilih Warna : Set Semula   
 
  Bahasa Melayu | English  
 
 

Arkib


Majlis Penyampaian Sijil 5S Majlis Perbandaran Temerloh

Majlis Penyerahan Sijil Persekitaran Berkualiti 5S Majlis Perbandaran Temerloh serta Hari Bersama Pelanggan MPC Wilayah Pantai Timur bertempat di Dewan Tun Razak 1 APRIL 2010 Jam 8:30 Pagi. Dirasmikan oleh YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.


Perbarisan Yang DiPertua MPT Bil 4/2010

Yang DiPertua merasmikan perbarisan hormat dengan Anggota Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan di hadapan pejabat Plaza Majlis Perbandaran Temerloh dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Pahang dan pemeriksaan perbarisan.


Kempen Mencuci Tangan

Majlis Perbandaran Temerloh turut menyokong Kempen Mencuci Tangan seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjaga kebersihan diri disamping mengawal penularan wabak penyakit berbahaya


Majlis Pelancaran PEKASA Negeri Pahang

Y.A.B.Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Haji Adnan bin Haji Yaakob akan menyempurnakan Majlis Pelancaran PEKASA Negeri Pahang di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh pada hari Ahad, 24 Januari 2010 jam 3.00 petang.

 


Sambutan tahun baru 2010

Sempena tahun baru 2010, Majlis Perbandaran Temerloh dengan kerjasama Head Wind Bikes dan Temerloh Explore Club (TEC) akan mengadakan acara sambutan tahun baru pada 02 Januari 2010 (Sabtu) di Taman Awam Kubang Gajah. Pelbagai acara akan disediakan seperti pertunjukan bunga api, persembahan artis-artis popular dan pelbagai pertandingan untuk dewasa dan kanak-kanak.(Sila klik untuk muat turun jadual acara sambutan tahun baru 2010)


Seminar Alam Sekitar Peringkat Negeri Pahang

Seminar Alam Sekitar Peringkat Negeri Pahang yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Temerloh dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Negeri Pahang yang diadakan ini sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2009 bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas tentang kepentingan penjagaan alam sekitar secara berhmah dan berdisiplin tinggi kea rah pembangunan Bandar Lestari diutamakan. Klik untuk melihat broucher


Bersedia Hadapi Gelombang Kedua Influenza A H1N1

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penularan penyakit Influenza A H1N1 semakin meningkat terutamanya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti Amerika Utara, Kanada Barat, Eropah, Mediterranean Timur dan Mongolia.


Majlis Perasmian Program NADI DUN Kerdau

Y.B.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Dato' Sri Shahrizat bt Abdul Jalil akan menyempurnakan Majlis Perasmian Program NADI DUN Kerdau di Dewan Dato' Abdullah bin Haji Kia, Kerdau pada 12 Disember 2009 jam 11.00 pagi.


Perasmian Penutup Program Bakti Siswa Cakna Ilmu 2009

Y.B.Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato' Haji Ismail bin Haji Mohd.Said akan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Bakti Siswa Cakna Ilmu 2009 Pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak di Dewan Orang Ramai Kg.Paya Luas, Kuala Krau, Temerloh pada hari Sabtu, 5 Disember 2009jam 9.00 pagi